Luahan Hati Seorang Guru Jadual Waktu


ASc Timetables

Luahan perasaan seorang guru jadual waktu sekolah.

Nampaknya saya belum boleh meletakkan jawatan sebagai guru jadual waktu lagi tahun ini. Tugas ini bermula dari tahun 2010 sehinggalah  tahun 2015 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Saya berharap ini kali yang terakhir.... InsyaAllah.

Bukan apa, saya mula berasa jemu dan hilang 'mood' untuk mengadap perisian Asc Timetables dan menyudahkan kerja-kerja yang sewaktu dengannya yang perlu dilakukan pada waktu cuti hujung tahun, tinggal berbaki 3 minggu beberapa hari sahaja lagi. 

'Kejemuan' makin parah apabila jadual waktu yang telah kita siapkan menerima komen-komen negatif dan ketidakpuasan hati daripada rakan-rakan guru.

Salah satunya adalah seperti dibawah:

Komen guru yang mungkin tidak pernah menjadi guru jadual waktu

Setiap guru memang 'mengidamkan' jadual waktu yang 'cantik', 'best', 'cun', 'terbaik' dan seumpamanya. Pengalaman saya, walaupaun Asc Timetables secara automatik menjana jadual waktu setelah saya key-in semua data yang diperlukan, namun saya masih perlu murnikan dan tambahbaik secara manual jadual tersebut supaya semua guru mendapat jadual waktu yang tidak 'melelahkan' atau kurang 'melelahkan'.

Penjanaan jadual waktu terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Sesungguhnya proses itu memenatkan dan meletihkan akal dan minda.

Apabila kita ubah jadual waktu seorang guru untuk menjadikan ia lebih baik, perubahan tersebut memberi kesan kepada guru lain pula kerana terpaksa menerima 'hasil buangan sisa' yang tidak disukai guru lain.

Luahan hati guru jadual waktu

Apapun, saya perlu 'hadap' juga benda ini dan sudahkannya walau sejuta kali hati saya mengatakan 'benci' dan tidak sudi.

Siapa lagi kalau bukan saya?

SYMP.